Ayam Goreng Rempah

1. Halia (5 ulas)
2. Bawang Putih (1 labu)
3. Bawang Merah Besar (6 Biji)
4. Serai (3-4 batang)(semua bahan dikisar halus)
5. Rempah Kurma 1 packet
6. Serbuk Kunyit
7. Garam
8. Gula sedikit
9. Sos Tiram
10. Kicap Pekat

(sedikit)(Kalau nak tambah serbuk jintan dan ketumbar pun boleh tapi janganlah banyaksangat)gaul semua bahan-bahan diatas bersama ayam dan perapkan dalam 3 jam (lebihlama, lebih terasa rempahnya), kemudian goreng, bila goreng warna hitam sedikit sebab kita campur kicappekat so jangan letak banyak sangatkicap pekat tu,......

AYAM BEREMPAH.


Bahan2nya

1. Ayam - 1/2 ekor
2. serai - 2 btg
3. halia - 3 inci
4. bwg putih - 5 ulas
5. bwg besar - 1 labu
6. sos tiram - 2 s/b
7. s.kari - 2 s/b
8. kicap manis - 2/3 s/b
9. garam - secukup rasa
10.aji - ikut suka

Cara:

item 2-10 blendkan sekali perap selama 2-3 jam, kalo nak sedap simpan semlman besok balik kije baru goreng atau grill tentu sedap. Kalo suka boleh buat rendang tanpa lemak. just masukkan semua bahan2 tersebut kedlm dulang pembakar.siap hidangkan semasa panas2. tentu orang lalu kat belakang kitapun tak perasan

Untuk seekor ayam:1/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung jagung 4 camb cili boh4 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih1 inci halia 1 camb serbuk jintan manis (atau ditumbuk halus) 1 camb serbuk jintan putih (atau ditumbuk halus) 1 camb ketumbar (ditumbuk halus) 2 camb serbuk kunyitsedikit air (jangan terlalu cair- biar melekat cam tepung goreng pisang) garam + gula secukup rasacara: campurkan semua bahan, gaul dengan ayam & goreng...sonang jo

AYAM HALIA BONDA

Bahan-Bahan

1 mangkuk ayam dipoton kecil1-
2 cam. b sos tiram
halia dipotong halus- banyak ikut suka
2 ulas bawang putih-dicincang
1 bawang besar-potong bulat
serbuk kunyit garam (sikit saja sos tiram dah masin) minyak untuk menumis daun bawang & cili padi belah-jika suka

Cara Membuatnya

Ayam dibersih dan digaul dgn garam dan kunyit. Ketepikan. Panaskan minyak,tumis halia dan bawang putih. Bila garing masukkan ayam dan goreng sebentar.Masukkan sos tiram dan cili padi. Kemudian masukkan bawang besar dan daun bawang. Balik-balik sekejap dan......siap dihidang

Asam Pedas Ayam

Bahan-Bahan

1. 1 ekor ayam (Dipotong kecil)
2. 5 ulas bawang merah
3. 5 ulas bawang putih
4. 2 batang Kayu Manis
5. Secubit jintas manis
6. 3 kuntum bunga lawang
7. Belacan sebesar guli kecil
8. 1 pek kecil cili kering yang digiling
9. 5 sudu besar air asam jawa
10. 2 kuntum bunga kantan
11. 1 cekak daun kesum
12. 3 sudu besar minyak untuk mengoreng
13. 3 cawan air14. Garam secukup rasa
15. Serbuk perasa secukup rasa
16. Gula secukup rasa

Nota : Bahan 2,3,5 & 7 ditumbuk bersama

Cara Membuatnya

Panaskan minyak dikuali Tumiskan kayu manis, bunga lawang, cili kering giling dan bahan yang ditumbuk Tumis hingga kering Masukkan sedikit air. Masukkan ayam dan perap hingga masak . Masukkan kesemua air hingga mendidih . Masukkan air asam jawa . Masukkan gula, garam & serbuk perasa secukup rasa . Masukkan bunga kantan & daun kesum . Biarkan 5 minit dan angkat . Hidangkan

Ayam Tiram Madu

Bahan-Bahan

500 gram ayam
4 ulas bawang merah(ditumbuk)
4 ulas bawang putih(ditumbuk)
7 sudu sos tiram
3 sudu madu
minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya

masukkan ayam ke dalam mankuk yang besar, campurkan dengan bawang yang telah ditumbuk dan masukkan juga sos tiram dan madu,gaulkan sehingga kesemua ayam dengan sebati dan perapkan ia selama 10-15minit, selepas itu anda boleh menggoregkannya. sedap dicecah dengan air asam.harap semua mencuba kerana ia amat menyelerakan.

AYAM MASAK BLACK PAPPER

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (di potong kecil)
1labu bwg besar(di potong)
4 biji bwg putih(di potong)
3 sudu serbuk black papper
1 inc halia(di potong)
4 biji tomato(di potong empat)
3 biji cili merah(di potong panjang/halus)
garam dan perasa
minyak utk menumis
sedikit air

Cara Membuatnya:

1. Gaul ayam bersama halia, garam dan serbuk black papper
2. biarkan 5 minit
3. panaskan sedikit minyak, tumis bwg besar/putih
4. masukkan ayam tadi, gaul dalam 5 minit
5. masukkan sedikit air, tutup dan tunggu ayam empuk
6. setelah ayam empuk, masukkan lada cili, tomato dan sedikit perasa.
7. angkat ayam sekiranya sudah pekat kuahnya.selamat mencuba.....

Ayam Ala Simple

Bahan-Bahan:

600 gm ayam
1 paket serbuk kari ikan (Adabi)
½ botol sos tomato
¾ gelas air masak
Bawang goreng untuk ditabur
Cara Membuatnya:
Basuh ayam dan dipotong kecil Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan perap selama 1/2 jam. Letakkan ayam di dalam kuali, air masak dan tomato sos. Masak dengan api sederhana sehingga ayam empuk. Angkat dan taburkan bawang goreng.

Ayam Bakar Santan Berempah

Bahan-Bahan:

1 ½ kg ayam5 batang serai (dikisar)
30 gm bawang merah (dikisar)
10 gm bawang putih (dikisar)
4 cm halia (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
3 biji cili merah yang besar (dikisar)
4 biji limau kasturi (diperah jusnya)
50 gm santan pekat4 cm kunyit hidup (dikisar)
1 helai daun pisang yang besar & panjang
10 gm gula
Garam secukup rasaSerbuk perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:

Ayam dibelah 2 kemudian dibersihkan & dikelar. Gaulkan dengan semua bahan yang telah dikisar halus juga jus limau kasturi, serbuk perasa, santan pekat & sedikit serbuk kari daging. Perapkan ayam selama 1 jam / lebih kerana semakinlama diperap semakin sedap rasanya. Cara Membungkus: Lapis pertama letakkan kertas timah. Lapis kedua letakkan daun pisang. Lapis ketiga daun kunyit kemudian letakkan ayam & bungkus kemas-kemas. Bakar hinggamasak dalam ketuhar selama 20-25 minit. Hidangkan ketika masih panas.

Ayam Belanda Pilaf

Bahan-Bahan:

450g Ayam belanda - direbus dan dihiris
2 Sudu besar minyak
1 Biji bawang besar - dicincang
135g Beras campur - dimasak hingga jadi nasi
275g Nasi - dari beras Basmati
1/2 Sudu kecil serbuk kulit kayu manis
350ml Pati ayam
50g Aprikot kering
25g Gajus - dicincang kasar
100g Bayam - dicelur dan dicincang
25g kismis Sedikit garam

Cara Membuatnya:

1.Panaskan minyak dan masukkan bawang besar. Tumis selama 4 minit.
2.Masukkan nasi (dari beras campur), bayam, kulit kayu manis, garam dan pati ayam. Tunggu sehingga didih dan perlahankan api.
3.Tutup periuk dan masak selama 15 minit.
4.Masukkan aprikot, kismis dan ayam belanda (tidak perlu dikacau). Tutup periuk dan masak selama 20 minit.
5.Masukkan gajus dan nasi (dari beras Basmati). Kacau sekejap atas api perlahan

Ayam Berempah

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan Air limau
1 biji limau nipis Bahan Giling:

Bahan2 yang di giling

15 ulas bawang merah 5-6 batang lada merah 8 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup

Cara Membuatnya:

Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Ayam Gorang Telur

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam2 labu bawang besar -
dimayang3 biji cili merah -
dimayang5 biji cili padi -
dimayang1 batang lobak -
di potong memanjang
5 urat kacang panjang
1 biji telur kicap masin kicap manis garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

Ayam di potong kecil2 dan digoreng. Apabila ayam hampir masak, masukkan bawang, cili merah, cili padi, lobak dan kacang panjang. Goreng hingga layu. Kemudian masukkan telur, kicap masin, kicap manis dan garam. Kacau hingga sebai. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan sup.

AYAM GORENG BERSANTAN

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
150 ml santan kotak
30 g tepung gandum
30 g tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar tepung
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh mayonis
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam

Cara Membuatnya:

1. Bersihkan ayam dan toskan.2. Perapkan ayam dengan bahan-bahan diatas selama dua jam.3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

Ayam Goreng Philippino (Piniritong Manok)

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam; dipotong 8 atau 10 pieces
1/2 cawan sos ikan thai (Nam Pla)1/2 cawan jus limau kasturi2 camca besar lada hitam (ditumbuk kasar)2 camca besar bawang putih (ditumbuk kasar)Minyak untuk goreng
Cara Membuatnya:
1. Gaul semua bahan dengan ayam dan peram selama 2 jam.2. Panaskan kuali, tuang minyak dan gorengkan ayam hinggamasak." selamat menjamu selera" resepi ayam goreng ala philippinopaling simple sekali".

Ayam Hitam Manis

Bahan-Bahan:

1 Ekor ayam
5 Ulas bawang merah - ditumbuk
2 Ulas bawang putih - ditumbuk
1 Sudu besar rempah kari
1 Sudu besar sos tomato
2 Sudu besar kicap pekat
1/2 Tin kecil minyak sapi untuk menumis
1 Biji lada merah - dibelah dua
1 Biji lada hijau - dibelah dua
1 Labu bawang besar dihiris bulat Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya:

1.Ayam dipotong dan digoreng.
2.Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
3.Masukkan bahan-bahan lain.
4.Kemudian masukkan ayam

Ayam Kena COP

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:

1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara Membuatnya:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Ayam Masak Halia

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 inci halia
15 biji cili kering
1/4 cawan kicap pekat
Sedikit air asam jawa Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:

Bawang putih dan bawang besar dimesin halus. Halia dihiris nipis-nipis. Cili kering dipotong dua setiap satu. Rendamkan di dalam air agar ia kembang. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang yang dimesin. Masukkan ayam, halia, cili kering dan air asam jawa. Kacau dan tudung kuali itu hingga ayam empuk. Masukkan gula, garam, dan kicap pekat. Kacau-kacau. Hidangkan bersama nasi.

Ayam Masak Jawa (Ungkep)

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam kampung/ayam daging (ayam kampung lg sedap)
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
5 biji bawang merah
3 biji bawang putihasam keping/asam jawa
Minyak utk menumis
Sedikit airSedikit garam/ajinomotooptional - bg yg suka pedas leh la letak cili padi.

Cara Membuatnya:

1.Ayam dicincang sederhana kecil dan dibasuh.
2.Tumbuk ketumbar,jintan,halia,kunyit,bawang merah & putih.
3.Panaskan minyak dlm kuali, tumis sampai naik bau.
4.Masukkan ayam yg sudah dicincang, kacau sehingga sebati dgn rempah.
5.Masukkan garam secukup rasa,tambah ajinomoto jika suka kemudian air sedikit.
6.Tutup kuali dan biarkan ayam masak dan mesra dgn rempah. Sekiranya ayam belum masak tambahkan lagi air dlm kuantiti yg sedikit demi sedikit sehingga ayam masak.
7.Setelah daging ayam empuk dan betul2 masak barulah masukkan asam keping atau asam jawa secukup rasa.
8.Kemudian biarkan ia kering sedikit dan sedia untuk dihidang.

Ayam Panggang

Bahan-Bahan:

Satu ekor ayam
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia ( kalau dapat halia muda lagi best)
Serbok lada putih ( ikut pedas)
Kicap pekat
2-3 sudu madu
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1.Bawang putih, bawang merah & halia ditumbuk halus/blend
2.Campurkan lada putih,madu, kicap & garam
3.Perap ayam 2-3 jam dengan bahan diatas (perap lebih lama sebih sedap )
4.Bakar - semasa membakar sapukan air perap ayam bila ayam nampak kering dan ulangi sehingga habis .Bakarlah sehingga masak.

Ayam Panggang Bawang Putih

Bahan-Bahan:

6 Ketul ayam
1 1/2 Sudu besar serbuk kari daging
5 Ulas bawang putih ditumbuk
1/2 Sudu besar kicap cair
1/4 Sudu besar kicap pekat Garam secukupnya

Cara Membuatnya:

1.Gaul ayam dengan bahan-bahan lain.
2.Perap selama 2 jam.
3.Bakar didalam oven suhu 180C

Ayam Percik Simple

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
Santan ( kelapa ) Rm 1.00
Sedikit kunyit debu
Sedikit lada kisar
Sedikit belacan )
Sedikit air asam jawa )
campurkan sekali1/2 keping gula melaka )
2-3 biji cili padi ( jika suka pedas )
3-4 ulas bwg. merah ( dimesin )
1 inci halia )
di ketuk-ketuk 2 batang serai
)Sedikit halba
Sedikit air
Sedikit garam, perasa

Cara Membuatnya:

Ayam di potong kecil-kecil mengikut citarasa anda. Bersihkan gaulkan dengan kunyit, garam. Masukkan dalam oven dan bakar.Sementara tunggu ayam masak. Masukkan santan dan semua bahan-bahan yang dikisar kedalam periuk. Kacau sampai pekat masukkan bahan perasa. Dah pekat ambil sedikit kuah itu siram sedikit ke atas ayam dan bakar semula.Bila kering sikit kuah kat ayam tu boleh la..dihidangkan, bersama kuah yang lebih itu.

Ayam Tepanyaki

Bahan-Bahan:

3 keping dada ayam (isi sahaja) (lain-lain bahagian pun boleh asalkan isi sahaja)
200 gm taugeh
200 gm kobis -
diracik 1 biji keret -
diracik 2 sudu makan kepingan bawang putih
½ @ 1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan minyak masak untuk menumis Kicap cair secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Ayam dipotong-potong sebesar ibu jari dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan masukkan kepingan bawang putih (diramas sedikit hancur.)Setelah kekuningan (jangan sampai hangus) masukkan ayam.
3. Masukkan lada putih, minyak bijan, kicap cair dan biarkan ayam sedikit garing.
4. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan sedikit lecur

Chicken Chop

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:

1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara Membuatnya:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Gulai Ayam Berempah

Bahan-Bahan:

Seekor ayam - di potong ikut citarasa anda
15 - 20 tangkai cili padi - ditambah jika suka pedas
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Kunyit hidup - aggaran seinci
2 batang serai - dititik
Satu sudu teh ketumbar
Satu sudu teh jintan putih
3 - 4 biji ubi kentang - di belah
4 Santan dari sebiji kelapa - asingkan patinya
Garam secukupnya
Sedikit minyak unutk menumis

Cara Membuatnya:

1. Cili padi ,bawang merah ,bawang putih,dan kunyit hidup di tumbuk halus .
2. Goreng tanpa minyak ketumbar dan jintan putih kemudian tumbuk halus.
3. Tumiskan bahan tumbuk bersama ketumbar dan jintan putih yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunya
4. Masukkan serai dan ayam .. balik - balikkan ..kemudian tutup periuk danperlahankan api ...biarkan selama lebih kurang 5 - 10 minit ( supaya ayam sebati dengan bahan tumisan tadi )
5. Masukkan santan cair biarkan mendidih kemudian masukkan ubi kentang .
6. Masukkan pati santan , garam dan sedikit perahan air asam jawa .Biarkan seketika ..kemudian bolehlah dihidangkan

Kepak Goreng Madu

Bahan-Bahan:

500 gram kepak ayam (dibersihkan dan dituskan)
6 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 cm halia (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:

Gaulkan ayam dengan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dengan api yang kecil.

Rendang Pedas Ayam Kampung

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam kampung
20 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambahkan cili kering)
2 batang serai1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa
2 keping asam keping

Cara Membuatnya:

1. Kisar cili, bawang besar, bawang putih dan serai hingga halus.
2.Perah kelapa.
3. Masukkan bahan yg telah dikisar bersama dgn santan dan masukkan asam keping.
4. Bubuh garam secukup rasa

Stew Ayam ala ^manje^

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
1 camca bunga lawang
1 camca cengkih
1 camca ketumbar
1 camca jintan putih
1 camca jintan manis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 inci halia
5 ulas bawang merah
1 ikat daun sup
1 liter air Garam
secukup rasa Serbuk perasa

Cara Membuatnya:

Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil ( jgn terlampau kecil sangat) Bunga lawang, cengkih, ketumbar, jintan putih, jintan manis dan bunga lawang dibasuh dan ditumbuk kasar di dalam lesung batu. Halia dititik. Masukkan ayam, rempah-rempah yang ditumbuk dan halia ke dalam periuk. Masukkan air. Rebuskan kesemuanya hingga mendidih dan ayamnya empuk. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Ketepikan. Bawang merah dimayang dan digoreng hingga garing sementara daun sup dihiris-hiris. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan daun sup ke dalam stew ayam. Hidangkan panas-panas.

Comments

salam semua... ayam belanda ni sedap rasanya... saya penah makan gulai kari ayam belanda... pergh!! lagi best daripada ayam daging... lagi plak, kalo ayam tu bela free range, lagi kaw, cam ayam kampung... jangan takut makan, ayam belanda ni lebih berkhasiat daripada ayam daging, dia memang besar tapi tak perlu suntik cam ayam daging. kalau nak beli, beli dengan penternak tempatan, boleh dapat murah dan dijamin halal. kat pasaraya, belum tentu halal. terutama waktu krismas. banyak dah penternak tempatan. cari di mudah.my banyak iklannya. kat penang, memang pusat ternakan la. senang je nak jumpa. lawat blog saya untuk maklumat penternakan ayam belanda.

Sumber maklumat penternakan ayam belanda anda

Popular posts from this blog