SAMBAL SOTONG

3 camb minyak 500 g sotong, dibersihkan60 ml sos cili60 ml sos tomato100 ml air1 camb gula1 labu bawang besar, dihiris bulatgaram secukupnya

Bahan Kisar/Blend
1 labu bawang besar (saiz kecil)4 biji bawang merah3 ulas bawang putih2-3 camb pes cili/cili kering kisar (ikut suka pedasnya)Panaskan 1 camb minyak, masukkan semua sotong dan kacau hingga separuh masak (tinggal airnya sedikit). Angkat dan ketepikan. Panaskan baki minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan sos cili, sos tomato, bawang, air, gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga terbit minyak kemudian campur dengan sotong. Bila agak pekat, angkat dan sajikan.

Sambal Sotong

Bahan-Bahan:

½ kg sotong sederhana besar20 tangkai cili kering - dikisar8 ulas bawang besar - dikisar2 ulas bawang putih – dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar2 batang serai - dititik150 gm asam jawa - diperah airnyaGaram dan gula secukup rasa

Cara:

Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama tiga minit, angkat dan rendam di dalam air sejuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan. Masukkan cili kering dan tumis lebih kurang 20 minit. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau lebih kurang lima minit. Sebelum menghidang, hias mengikut citarasa masing-masing.


Ketupat Sotong – Sotong


Bahan-bahan

10 ekor 'sotong ketupat' [seelok-eloknya sebesar 2 inci lebar]1 pot [tin susu] beras pulut2 cawan santan pekat5 cawan santan cair5 ulas bawang merah [dimayang halus]
3/4 cm halia [dimayang halus]sedikit halba1 1/2 inci persegi gula melakasedikit garamsehelai daun pandan

Cara Menyediakan

Sotong dibersihkan, buang kulit arinya, serta asingkan kepala.Beras pulut dibersihkan toskan seketika. Kemudian gaulkan dengansedikit santan pekat supaya lembab.Masukkan beras pulut tersebut di dalam sotong, kira-kira separuh sahaja.Masukkan juga kepala sotong tadi bersama dan sematkan dengan lidi tajam.Kemudian rebuskan sotong tersebut didalam periuk bersama-sama santancair tadi. Masukkan daun pandan bersama. Biar agak lama, keranauntuk memasak beras pulut di dalam sotongmengambilmasa yang agak lama. Biarkan hampir kering, dan jika sotongdan 'ketupat' tersebut masih belum masak, tambahkan air.Bila sotong tersebut sudah masak [bila sotong tersebut sudah padat dankeras "isi pulut"nya] masukkan santan pekat tadi dan kacau perlahan agar tidak berkepala.Masukkan juga sekali halia, bawang merah, garam, gula melaka dan sedikitserbuk perasa jika suka. Ketupat sotong ini biasanya tidaklah dimakan masin sangat, dan tidakjuga manis.Hidangan ini biasanya dimakan begitu sahaja untuk minum petang.

Sambal Sotong Kering – Sotong

Bahan-bahan
1/2 kilo sotong kering, dibersihkan buang tulang dan potong persegi kecil dan rendam dengan abucang semalaman1 cawan air (ditambah sekiranya perlu)1/2 cawan air asam jawa yang pekatseketul gula melaka1/2 cawan gula pasirgaram dan serbuk perasa1 cawan minyak

Untuk Dikisar
40 tangkai lada kering3 biji bawang besar4 ulas bawang putih4 batang serai1 cm lengkuas2 cm belacan

Cara Menyediakan

Bersihkan sotong yang telah direndam semalaman dan toskan airnya. Didihkan air dan masukkan sotong dan masak untuk 15 minit. Kemudian toskan airnya.Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan gula melaka, gula pasir, garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 1 cawan air dan masukkan sotong. Masak sehingga sotong empuk dan rempah kering. Kalau sotong belum empuk boleh ditambahkan dengan sedikit air lagi. Rasa jika ada yang kurang tambah garam atau gula secukup rasa.

Sotong ala Thai – Sotong

Bahan-bahan

Minyak Masak SeriMas 5 ekor sotong - direndam dengan air limau dan garam2 biji bawang besar - di potong bulatDaun bawang – dihiris5 biji cili merah – dihiris5 biji bawang merah – dicincang

5 biji bawang putih – dicincang1 inci halia – dihiris3 sudu serbuk lada hitam3 biji limau nipis – dibelah2 sudu sos ikan2 sudu sos tiram

Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak masak SeriMas, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumis hingga garing dan naik bau. 2. Masukkan cili merah,sotong, selepas itu masukkan sos tiram, sos ikan, biarkan ia mendidih.3. Kemudian perahkan limau nipis, setelah itu masukkan lada hitam.4. Masukkan garam secukup rasa, akhir sekali masukkan bawang besar dan daun bawang. Padamkan api dan siap untuk di hidang.

Sotong Kerutup – Sotong

Bahan-bahan

10 - 15 ekor sotong bersaiz sederhana besarBahan-bahan yang dikisar halus:5 ulas bawang merah50gm cili merah/cili kering3 ulas bawang putih1 inci halia3 batang serai5 biji buah keras1 inci kunyit hidup
100gm serbuk rempah kerutup2 sudu makan rempah kari ikan1 biji kelapa diambil santan pekat1 sudu makan kerisik (jika suka)100 gm minyak masakGaram secukup rasaSedikit gula (lebih kurang 1 sudu teh jika perlu)

Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang sudah dikisarhalus bersama serbuk rempah kerutup dan rempah kari ikan.Kacau sehinggarata dan berbau wangi.2. Masukkan santan dan kerisik. kemudian masukkan sotong yang sudahdibersihkan.3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Sotong Ranggup Madu – Sotong

Bahan-bahan

Bahan Bahan A (Ditumbuk): 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1½ cm halia 4 cm akar ketumbar Bahan-bahan B: 1 sudu besar serbuk ketumbar ¼ sudu kecil garam ¾ sudu kecil serbuk ikan bilis ¼ sudu kecil gula 1 biji telur - diambil putih sahaja, dipukul sedikit Bahan-bahan lain: 1½ sudu kecil bawang putih tumbuk 10 biji cili padi – dihiris

Bahan-Bahan Saduran: 120 gm tepung beras 120 gm tepung ubi Bahan-Bahan Sos Madu: 5 sudu besar gula maltose } 2½ besar madu } masak 2 besar sos tiram } sehingga ½ kecil minyak bijan } sebati 1 sudu besar air } Bahan-Bahan Hiasan Daun bawang Daun ketumbar Cili merah Lobak merah

Cara Menyediakan

1. Sotong dipotong bulat setebal 3 mm, toskan airnya. 2. Gaulkan sotong bersama bahan A dan B, perapkan selama 10 minit. 3. Panaskan minyak. Sadurkan sotong dengan campuran tepung hingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain. 4. Goreng sotong sehingga kekuningan dan keluarkan.
5. Tinggalkan 2 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng bawang putih sampai wangi. Masukkan cili padi. Gorengkan sebentar. Masukkan pula 6 sudu besar sos madu. Kacau hingga sebati. Masukkan sotong dan gaulkan sekali hingga sebati. Keluarkan 6. Hiaskan dan hidang panas panas.

Sotong Sumbat – Sotong

Bahan-bahan

1 kg sotong segar600 gm kelapa muda, diparut4 batang serai50 gm cili padi4 cm kunyit hidup
10 ulas bawang putih10 ulas bawang merah100 gm serbuk udang kering3 helai daun kunyit, dimayang halusgaram dan serbuk perasa secukupnya

Cara Menyediakan

Sotong dibersihkan dan keluarkan kepalanya. Kisarkan serai, cili padi, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan serbuk udang kering hingga sebati. Gaulkan semua bahan ini bersama garam dan serbuk perasa secukupnya ke dalam kelapa, masukkan daun kunyit sambil dikacau rata.Setelah itu sumbatkan ke dalam setiap ekor sotong yang ada tadi secukup padat. Pasangkan bahagian kepalanya. Setelah itu bakarlah di dalam ketuhar selama setengah jam dengan kepanasan 175 darjah C.

Sotong Sumbat Berkuah – Sotong

Bahan-bahan

20 ekor sotong sederhana besar 1cm halia } 3 ulas bawang putih }tumbuk sama 2 labu bawang besar - dimayang bulat 3 biji telur Ayam
50gm Kacang Tanah - goreng tanpa minyak, buang kulit & tumbuk (ikut suka, kalau suka banyak kacang boleh tambah lagi) 1/3 biji kobis - dimayang 1 sudu besar cili mesin - kalau nak pedas tambah lagi Minyak utk menumis Air asam jawa Garam

Cara Menyediakan

Panaskan minyak ambil sedikit bawang besar yg telah dimayang tumis hingga wangi. Kalau nakkan inti yg pedas bolehlah dibubuh sedikit cili mesin. Bubuh sedikit garam & kemudian telur, kacau hingga hancur bergentel. Lepas tu bubuhkan kobis & kacang tanah yg telah ditumbuk. Setelah kobis layu bolehlah dipadamkan api biar sejuk. Sotong dicabut kepalanya dibersihkan & buang kulit luarnya (biar nampak putih). Sumbatkan inti tadi dalam badan sotong jgn terlalu penuh & bubuh semula kepalanya. Buat sampai sotong habis. Ketepikan. Panaskan minyak dlm periuk tumiskan bawang putih & halia yg telah ditumbuk hingga wangi kemudian bubuh 1 sudu besar cili mesin kacau biar garing sekejap. Kemudian masukkan sotong sumbat tadi kacau & biar sekejap. Bubuh lebihan bawang besar, air & air asam jawa & garam. Biar mendidih.

SOTONG SIZZLING

Bahan-bahan yang diperlukan:300 gm sotong3 biji cili padi2 batang serai200 gm asam jawa4 ulas bawang putih3 biji bawang merahGaram (secukup rasa)GulaAjinamotoCara-cara membuatnya:1) Sotong putih dibersihkan.2) Cili padi, serai, bawang putih, dan bawang merah – dikisar dan ditumis.3) Apabila naik baunya, masukkan sotong, air asam jawa, garam, gula dan ajinamoto (secukup rasa)

Comments

Popular posts from this blog